Berita

Mohd Zafir dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu

SEREMBAN: Dato’ Mohd Zafir Ibrahim dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu dilantik berkuatkuasa 6 Jun 2023.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pelantikan Mohd Zafir berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas hampir 29 tahun dalam perkhidmatan awam dalam pelbagai bidang antaranya pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasi, pengurusan kewangan serta hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri.

“Saya berharap Mohd Zafir dapat memacu pentadbiran Negeri Sembilan ke arah kecemerlangan,” kata Aminuddin.

Dato’ Mohd Zafir Ibrahim

Mohd Zafir, 53, merupakan lulusan Ijazah Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan), Sarjana Teknologi Maklumat dari Universti Kebangsaan Malaysia serta mengikuti Oxford Advance Management and Leadership Programme di Universiti Oxford.

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 21 Mac 1994 dan berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Kementerian Penerangan.

Mohd Zafir pernah berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri, Mahkamah Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia serta Kementerian Kewangan.

Jawatan terakhir beliau ialah Setiausaha Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun di Kementerian Kewangan Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button