Berita
Rusli santuni masyarakat Cina DUN Linggi
LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah menyantuni masyarakat Cina di Pasir Panjang dan Sungai Sekawang.
Rusli berkata, aktiviti tersebut bagi mengeratkan hubungan antara penyelaras dan masyarakat.
“Saya juga turut mendengar beberapa permasalahan yang mereka alami dan akan saya usaha untuk membantu mereka.
“Dalam masa sama, saya juga memberikan sumbangan barangan asas kepada mereka bagi meringankan beban mereka,” kata Rusli.