Berita

Nasarudin santuni masyarakat Tionghua DUN Chembong

CHEMBONG: Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim telah menyantuni masyarakat Tionghua yang kurang berkemampuan di DUN Chembong sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Saya menghulurkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada masyarakat Tionghua.

“Semoga sumbangan ini meringankan beban dan sambutan Tahun Baru Cina keluarga penerima,” ujar Nasarudin.

Program sumbangan ini diadakan dengan kerjasama Pengerusi MPKK Kampung Pedas Gaing, Kampung Pedas Hilir, Kampung Batu Hampar, Kampung Air Hitam, Kampung Batu 17 dan Kampung Senama Hilir.

Show More

Related Articles

Back to top button