Berita
Rusli sumbang bakul kepada 15 individu kurang kemampuan
LINGGI: Seramai 15 orang individu kurang berkemampuan terima sumbangan bakul makanan daripada Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.
Rusli berkata, sumbangan tersebut bagi membantu penerima tatkala kenaikan harga barang yang memberikan kesan kepada mereka.
“Semoga bantuan ini dapat membantu meringankan beban mereka,” kata Rusli.