Berita

Saluran paip gas Negeri Sembilan akan dikaji semula

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan berhasrat untuk mengkaji semula saluran paip gas yang terdapat di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, oleh satu pertemuan bersama dengan Gas Malaysia dan Petronas akan diadakan bagi memulakan kajian keselamatan mengenai saluran keselamatan.

“Walaupun begitu, sehingga hari ini, masih tiada lagi putus daripada kedua-dua pihak oleh kerana mereka sedang memfokuskan kejadian yang berlaku di Selangor.

“Disebabkan itu, kajian keselamatan ini akan kita maklumkan kemudian.

“Kajian yang bakal dilakukan bukan sahaja melibatkan aspek keselamatan paip gas tetapi turut mengambil kira laluan utiliti lain seperti paip saliran, kabel telekomunikasi serta saluran paip air yang akan diberi perhatian,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button