BAJET 2023: Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan sebanyak RM0.55 juta untuk membantu golongan belia yang ingin memulakan projek tanaman makanan.
Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir berkata, inisiatif ini menggabungkan dua inisiatif terdahulu iaitu Siswazah Tani dan Petani Muda menjadi satu inisiatif baru yang dinamakan Sejahtera Tani.
“Inisiatif ini akan membolehkan mana-mana belia yang berminat dan layak untuk memperoleh geran bantuan sehingga RM10,000,” kata Bakri.
Individu yang berminat boleh memohon di Jabatan Pertanian yang berdekatan.