Menarik

Sekolah Agama Rakyat Sikamat terima sumbangan kewangan dari Aminuddin

SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) Sikamat.

Aminuddin berkata, sumbangan kewangan tersebut bertujuan untuk membantu sekolah melaksanakan aktiviti pelajar.

“Saya juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada mantan Pengerusi Lembaga Tadbir Sekolah Agama Rakyat Sikamat, Ustaz Abd Halim Sulaiman, yang telah berkhidmat selama 15 tahun,” kata Aminuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.

Sumbangan tersebut diberikan di Balai Raya Taman Desa Rhu, Sikamat.

Show More

Related Articles

Back to top button