BeritaMenarik

Senarai 18 lokasi Mantai Perdana Aidilfitri

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengadakan program Mantai Perdana Aidilfitri pada 19 dan 20 April ini di 18 lokasi di seluruh negeri.

Exco Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Dato’ Bakri Sawir berkata, Mantai Perdana akan diadakan di daerah Port Dickson pada 19 April. Manakala di daerah Jelebu, Rembau, Kuala Pilah, Tampin dan Seremban pada 20 April.

“Mantai Perdana ini julung kali dianjurkan bersama Program Jualan Ladang Nismilan Prihatin, Program Pasar Tani Mega dan Program Jualan Terus dari Ladang di lokasi-lokasi terpilih.

“Bunting dan banner akan dinaikkan di sekitar lokasi jualan di setiap daerah bagi membantu pengunjung mengenal pasti lokasi jualan.

“Tempahan juga boleh dibuat di platform AgroBaazar Online bermula 12 hingga 18 April,” katanya.

Bakri berkata, daging pejal akan dijual lebih murah dari harga pasaran iaitu RM37 bagi sekilogram.

“Datanglah beramai- ramai untuk mendapatkan daging pejal lebih murah berbanding harga pasaran semasa.

“Tiada sebarang had pembelian ditetapkan untuk pengunjung yang ingin membeli daging pejal bagi memeriahkan suasana Aidilfitri nanti,” ujar Bakri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang.

Lokasi Mantai Perdana Aidilfitri:

1) DAERAH JELEBU

• Dewan D’Sury, Kuala Klawang.
• Berhadapan MRSM Kuala Klawang.
• Berhadapan Perpustakaan Felda Pasoh 1.
• Berhampiran Balai Polis Simpang Durian.
• Jalan Besar, Simpang Pertang.

2) DAERAH REMBAU

• Perkarangan Parking Medan Selera Bunga Raya.

3) DAERAH KUALA PILAH

• Melang (Hadapan McDonalds).
• Sebelah Shell Melang.
• Berhampiran Shell dan Pejabat Daerah Kuala Pilah.

4) DAERAH TAMPIN

• Pekan Pasir Besar.
• Repah (Berhampiran Sekolah Agama Repah).
• Berhampiran D’Mart Felda Jelai.

5) DAERAH PORT DICKSON

• Batu 4, Port Dickson.
• Simpang 3, Klinik Kesihatan Linggi.

6) DAERAH SEREMBAN

• Masjid Dato Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat.
• Depan Zemart, Sikamat.
• RPWP Agro Hub, Lenggeng (Berhampiran Pejabat Pos Lenggeng).
• PAKAR Paroi.

Show More

Related Articles

Back to top button