Berita
Sidang DUN Negeri Sembilan yang terakhir 8 Mei ini
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 8 Mei ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, persidangan DUN ini akan menjadi persidangan yang terakhir untuk penggal ini sebelum DUN dibubarkan pada penghujung bulan Jun ini.
“Persidangan DUN kali ini akan berlangsung selama sehari iaitu pada 8 Mei ini,” katanya dalam Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri pada Rabu.