BeritaMenarik

SK Kem Syed Sirajuddin Gemas terima sumbangan RM5,000 daripada Veerapan

REPAH: Exco Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam telah menyerahkan sumbangan kewangan RM5,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Sirajuddin, Gemas.

Veerapan menyerahkan sumbangan tersebut selepas merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-15 SK Syed Sirajuddin Gemas.

“Sukan merupakan satu program yang penting dalam takwim sesebuah sekolah.

“Kejohanan ini mampu melahirkan bakat baharu dalam sukan, yang mungkin akan mencipta nama di peringkat negeri, kebangsaan mahu pun antarabangsa pada satu hari nanti.

“Saya berharap sumbangan ini membantu pihak sekolah menanggung sebahagian kos penganjuran sukan tahunan ini,” ujar Veerapan yang juga ADUN Repah.

Show More

Related Articles

Back to top button