BeritaMenarik

Suhaimi perkenalkan bio-ekonomi tourism di Lenggeng

KHAS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Ustaz Suhaimi Kassim memperkenalkan idea bio-ekonomi tourism bagi memajukan kawasan DUN Lenggeng.

“Saya perkenalkan idea bio-ekonomi tourism yang merangkumi beberapa elemen: Eko Tourism, Agro Tourism, Sport Tourism, Food (nasi lemak ikan sembilang) Tourism serta History and Culture Tourism.

“Apabila kita majukan sektor pelancongan, industri ini akan menyediakan pekerjaan kepada anak muda yang pandai ambil peluang dan menarik orang luar melawat lenggeng,” ujarnya.

Menurut Suhaimi, DUN Lenggeng banyak tercicir daripada pembangunan. Kebanyakan tempat di DUN Lenggeng ialah perkampungan tradisional.

“Saya memulakan beberapa usaha. Paling asas nak membawa anak muda kembali mengerjakan bumi Lenggeng.

“DUN Lenggeng luas dengan tanah pertanian. Pertanian adalah satu industri yang sangat lumayan jika diusahakan dengan ilmu dan sistematik,” kata Suhaimi.

Show More

Related Articles

Back to top button