Berita
Surau Kg Jiboi Baru terima RM1,000 daripada Rafie
AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 kepada surau Kampung Jiboi Baru.
Mohamad Rafie berkata, sumbangan tersebut bagi membantu meringankan beban pihak surau.
“Dalam masa sama, sebanyak RM300 akan diberikan bagi membuat persiapan moreh sepanjang Ramadhan.
“Selain itu, saya turut memberikan lima kit pengurusan jenazah kepada pihak surau.
“Saya juga berpesan kepada jemaah supaya mengambil peluang untuk beribadah di dalam bulan yang mulia ini,”kata Mohamad Rafie.