Berita

Aminuddin saran sistem saliran kawasan hotspot diselenggara

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyarankan agar komponen sistem saliran terutamanya di kawasan Hotspot banjir diselenggara.

Aminuddin berkata, perkara ini perlu dilakukan bagi memastikan sistem tersebut sentiasa berfungsi dengan efisien bagi memastikan risiko kejadian banjir kilat dielakkan dan dikurangkan.

“Perkara ini perlu dilakukan memandangkan kita telah memasuki Fasa Monsun Timur Laut.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua ahli mesyuarat atas komitmen yang ditunjukkan untuk memastikan pembangunan Negeri Sembilan berterusan demi kesejahteraan rakyat negeri ini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button