BeritaMenarik

Taman Tema Ais pertama di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Taman Tema Ais yang pertama di Negeri Sembilan, telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun di Pusat Komersial Oakland, Seremban 2.

“Snowlim Wonderland merupakan taman tema ‘indoor snowcentre’ yang pertama beroperasi di Negeri Sembilan dan mempunyai bacaan suhu yang mencecah sehingga -16°c.

“Pembukaan taman tema ini juga bukan sahaja memberi ruang dan peluang pekerjaan kepada para belia, malahan menjadi salah satu tarikan kepada pelancong domestik dan luar negara.

“Saya berharap dengan penambahan produk pelancongan berpotensi di Negeri Sembilan seperti ini mampu menjadi penyumbang ekonomi dan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button