Berita
Taufek taja Program Mantap Maths, 300 pelajar dapat manfaat
PAROI: Pusat Khidmat Rakyat DUN Paroi dan Pusat Pembangunan Belia Harapan (TABAH) menaja Program Mantap Maths di Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, program terapi ini diadakan bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam menguasai subjek matematik.
“Seramai 300 pelajar Tingkatan 3 dan 5 terlibat dalam program yang sememangnya luar biasa.
“Terima kasih kepada pegawai Pusat Pembangunan Belia Harapan (TABAH), Encik Ahmad Shahir di atas kejayaan menjayakan program ini,” kata Mohamad Taufek.