Berita

TEO: Dialog tawar peluang pelaburan di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: Exco Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, Teo Kok Seong telah menghadiri Dialog Kerjasama Pembangunan Terpadu China-Malaysia ‘Two Countries, Twin Parks, Multiple Zones’, yang dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Pentadbiran Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia, Guangxi Beibu Gulf International Port Group Co, Ltd, Malaysia-China Kuantan Industrial Park Sdn Bhd, serta China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (Guangxi) Investment Holding Group Co, Ltd.

“Platform ini bukan sahaja mencerminkan hubungan erat perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan China, malah membuka peluang baharu untuk kerjasama serantau dalam pembangunan industri dan pelaburan.

“Negeri Sembilan akan terus memacu pembangunan melalui Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) sebagai pemangkin utama pelaburan dan industri.

“Kami mengalu-alukan lebih banyak projek berkualiti untuk beroperasi di Negeri Sembilan demi menjana pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat,” kata Teo.

Majlis dialog ini telah berlangsung di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

Show More

Related Articles

Back to top button