Berita

Teo prihatin keselamatan pelajar dan kakitangan SMK Bahau

BAHAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, YB Teo Kok Seong telah turun padang bagi meninjau keadaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau yang dilanda ribut.

Teo berkata, kontraktor Pejabat Pendidikan Daerah telah melakukan pembersihan di tempat yang terjejas malam semalam.

“Hal ini supaya dapat menjamin keselamatan pelajar dan kakitangan di sekolah ini.

“Dalam pada itu, semalam saya turut meyantuni beberapa penduduk di kawasan sekitar yang terjejas akibat bencana itu.

“Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dan rakan-rakan yang turut membantu,” kata Teo.

Show More

Related Articles

Back to top button