Naratif Kito

Mengapa Negeri Sembilan lambat membangun?

Ahmad Shahir Mohd Shah

“ala.. kito negori kocik jo..”

“Takyah nak beriyo bonar… orang bukan ambik tahu pun..”

“..berubah ko tak, dari dulu samo jo..”

Loghat negeri, kalau sekali dengar, memang akan sakit hati.

Tetapi ia satu kata-kata yang keluar dari hati yang ikhlas dan jujur.

Mungkin kerana pengalaman. Dari dulu tiada perubahan. Rakyat memang begitu ‘skeptikal’ pada kerajaan.

Pantang ada sikit kelemahan, rakyat akan komen dan merungut. Itulah kelebihan jadi rakyat.

Tapi ramai yang tidak berapa mahu mengerti erti memimpin sebuah kerajaan.

Mungkin rakyat bawah akan kata: “siapa suruh sibuk nak jadi YB. Buatlah kerja!”.

Ayat sebegini biasa rakyat bawahan kata pada Yang Berhormat. Lebih-lebih lagi di media sosial. Ayat itu tidak salah.

Ia lahir dari keihklasan dan kejujuran rakyat. Tetapi apakah rakyat hanya berlepas tangan dengan setiap keputusan kerajaan?

Apa yang pemimpin dulu lakukan?

Apabila keluar akhbar seorang YB dituduh rasuah dan menyeleweng, rakyat akan tambah lagi dengan ayat:

“Padan muka. Dah kaya pun lagi nak rasuah”.

“Orang dah bagi gaji pun nak makan rasuah”.

“YB dengan rasuah tak boleh dipisahkan”

Rakyat memang akan bagi respon. Tapi sekadar itulah.

Hari ini, rakyat tidak boleh jadi begitu. Kena berubah. Jangan asyik bercakap di meja kopi. Rakyat yang bagus dia akan tengok fakta dan data.

Sekarang, yang orang tua yang berumur 90 tahun pun sudah pandai pakai gajet. Setakat tulis di carian Google, semua orang boleh.

Cuba ‘Google’ “Pembangunan industri di Negeri Sembilan”. Mesti akan keluar banyak maklumat. Atau taip “Inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan untuk rakyat sejak 2018”.

Satu-satu akan keluar dan terus ke website. Soalnya rakyat mahu ambil tahu atau tidak? Mungkin dulu zaman isi borang.

Sekarang zaman online. Semua hujung jari.

Kalau ikut fakta, penguna Tik Tok habiskan masa 95 minit sehari untuk tengok Tik Tok secara terus (non-stop).

Takkan untuk guna dua tiga minit untuk cari maklumat tentang negeri sendiri pun malas. Ini bahana besar kalau rakyat malas.

Jadi, rakyat kenalah buat sesuatu. Lebih baik buat perbandingan yang dahulu dengan yang sekarang.

Semua ada dalam media online. Kalau sembang kedai kopi, ia lebih cakap kosong atau prejudis.

Lebih-lebih lagi sambil skrol Tik Tok.

Apakah politik Negeri Sembilan dahulu membantu pembangunan?

Dulu orang melihat YB atau pemimpin parti sebagai taboo hartawan turun dari langit.

YB datang bawa duit atau YB mesti bagi duit. Sekarang “sumpahan” itu wajib dibuang.

ADUN Pembangkang di Negeri Sembilan pun dah angkat tangan.

Kita perlukan pembangkang yang bagus.

Cuma bila selalu sangat minta peruntukan DUN, mereka pulak yang nak kembali kepada “sumpahan” YB mesti turun bawa duit.

Politik itu semestinya membawa pembangunan. Dengan memilih pemimpin yang jelas halatuju, negeri akan membangun.

Memang hari ini orang cakap hari-hari soal politik.

Cuma di Negeri Sembilan, kita tidak nampak lagi isu yang besar sehingga negeri ini dilihat tiada kestabilan politik.

Perubahan hari ini, siapa yang pandu?

Setakat hari ini, Menteri Besar Negeri Sembilan ada halatuju jelas. Sudah 7 tahun mentadbir. Semua golongan rakyat disantuni.

Dari bayi, kanak-kanak, belia, mahasiswa, ketua keluarga, wanita, warga emas bahkan penggali kubur pun dapat insentif khas.

Dengan kakitangan kerajaan, itu terlebih beri. Benda yang menjadi hak, pemimpin wajib beri kepada mereka.

Negeri Sembilan sudah berada pada landasan. Tinggal hendak dipandu dengan baik.

Sebab itu keutamaan sekarang adalah kerajaan yang stabil. Soal perpecahan yang mengancurkan negeri wajib kita jauhkan.

Masa depan Negeri Sembilan sangat cerah. Kalau rakyat dah merasainya nanti, mungkin kita akan dengar mereka kata:

“..kalau macam ni dari dulu, sey pun sokong..”

“… ha, kan elok kalau gayo eh macam ni, takdola sogan jadi orang nismilan..”

“…kalau negori lain nak melingkup, pedulik an. Lopak kito jago elok-elok..”

Ahmad Shahir Mohd Shah
Ketua Editor
Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Negeri Sembilan

Show More

Related Articles

Back to top button