Tujuh projek jalanraya baharu di Negeri Sembilan
SEREMBAN: Kementerian Kerja Raya bakal membina tujuh jalanraya alternatif yang baharu di Negeri Sembilan.
Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jalanraya yang akan dbina adalah seperti berikut:
1. Lebuhraya Pantai Barat (WCE) Jajaran Selatan yang melibatkan Port Dickson.
2. Jalan Baharu Broga – Simpang Pelangai.
3. Lebuhraya SKLIA (Senawang ke KLIA – Salak Tinggi).
4. Jalan bertingkat menghubungkan Paroi (LEKAS) ke Tol Senawang (PLUS).
“Beberapa projek lain di peringkat akhir cadangan yang menghubungkan beberapa bandar di dalam Negeri Sembilan antaranya;
1. Jalan Baharu Persimpangan Ulu Klawang – Kampung Sungai Daun (FT86).
2. Jalan Pintas Kuala Pilah.
3. Jalan Lingkaran Luar Seremban (Outer Ring).
Alexander Nanta berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di Dewan Rakyat.