SEREMBAN: Satu detik bersejarah yang mengubah lanskap politik di Negeri Sembilan telah berlaku.
Wanita Pakatan Harapan telah mengadakan satu pertemuan bersama Wanita Barisan Nasional di Klana Resort, Seremban.
Pengerusi Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon berkata, hasil pertemuan tersebut kedua-dua belah pihak bersetuju menubuhkan Pimpinan Wanita PHBN.
“Pelbagai perkara dibincangkan termasuklah tawaran wanita bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Ogos ini.
“Semoga usaha ini dapat membawa hasil yang terbaik untuk wanita di negeri ini khususnya,” kata Nicole.
Turut hadir Ketua Wanita Barisan Nasional, Datin Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid.