SEREMBAN: Warga emas berumur 70 tahun ke atas akan menerima sumbangan keceriaan tahunan bernilai RM200 secara one-off.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, insentif ini merupakan salah satu daripada 77 inisiatif yang terkandung dalam manifesto Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.
“Di bawah Skim Sejahtera Rakyat, ibu tunggal yang berpendapatan bawah RM2,000 akan menerima sumbangan one-off tahunan sebanyak RM200.
“Buat kali pertama juga, kita memperkenalkan caruman Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM100 bagi kelahiran baharu anak-anak Negeri Sembilan bermula tahun 2023-2027
“Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan juga akan memperkenalkan bantuan kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh sebanyak RM300,” kata Aminuddin.