Berita
Warga emas terima sumbangan tongkat dan kerusi roda daripada Gunasekaren
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyumbang tongkat empat kaki kepada Puan Devi di Taman Tuanku Ampuan Najihah.
“Puan Devi mengalami keuzuran, susah untuk berjalan dan berdiri lama.
“Saya juga telah menyerahkan kerusi roda kepada Puan Bavani di Taman Sri Mawar yang menjalani pembedahan di kaki.
“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban penerima,” kata Gunasekaren.
Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali; Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Encik P.Minnal dan Ketua Cawangan DAP Taman Tuanku Jaafar, Saudara Suriya.