Menarik
Warga emas uzur terima bantuan kerusi roda dari Rusli
LINGGI: Seorang warga emas uzur di Kampung Permatang Pasir menerima sumbangan kerusi roda daripada Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.
Rusli berkata, beliau menerima permohonan daripada warga emas tersebut.
“Hal ini disebabkan beliau mempunyai beberapa masalah kesihatan.
“Kerusi roda tersebut telah diberikan kepada ali keluarganya kerana beliau berada di hospital.
“Semoga dengan sumbangan ini dapat memudahkan urusan beliau dan ahli keluarganya,” kata Rusli.