Berita
10 individu terima sijil TUNS daripada Latif
GEMENCHEH: Seramai 10 individu telah menerima sijil Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dan TUNS Plus daripada Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.
Abd Latif berkata, seramai sembilan orang menerima TUNS dalam bentuk geran yang bernilai RM3,000.
“Manakala, seorang lagi telah menerima pembiayaan secara pinjaman tanpa faedah yang bernilai hingga RM15,000 melalui TUNS Plus.
“Inisiatif ini bagi membantu peniaga kecil dan usahawan mikro mengembangkan perniagaan mereka.
“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan atas inisiatif yang diberikan kepada usahawan ini,” kata Abd Latif.