Berita

Program agih bubur lambuk di Taman Seremban Jaya

SEREMBAN JAYA: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Fasa 7, Taman Seremban Jaya dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya telah mengadakan program memasak bubur lambuk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, bubur lambuk ini diagihkan kepada penduduk setempat sempena sambutan Ramadhan.

“Semangat gotong royong dan kerjasama yang ditunjukkan oleh Pengerusi KRT Taman Seremban Jaya Fasa 7, Encik Raja dan Ahli Jawatankuasanya perlu dicontohi,” katanya.

Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali mewakili Gunasekaren hadir dalam program memasak bubur lambuk ini. 

Sementara itu, Gunasekaren menghadiri majlis berbuka puasa dengan Ahli Jawatankuasa KRT Taman Seremban Jaya Fasa 7.

“Majlis seperti ini akan menjalin ukhuwah antara berbilang bangsa dan merasai suasana berbuka puasa bersama-sama.

“Malah akan merapatkan lagi jurang antara masyarakat dan pemimpin masyarakat,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Encik Minnal dan Encik Muganthan serta Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya, Cik Selvy.

Show More

Related Articles

Back to top button