Menarik

11 keluarga asnaf terima sumbangan ‘Ramadhan’ dari Aminuddin

KOTA: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyampaikan sumbangan kewangan sempena Ramadhan kepada 11 keluarga asnaf dari Masjid Kampung Penajis.

“Sama-samalah kita berkongsi rezeki agar kemeriahan Ramadhan dapat dirasai oleh semua pihak.

“Tahniah saya ucapkan kepada Penyelaras DUN Kota, Tuan Muhammad Allif Ibrahim yang menjayakan program Ihya Ramadhan DUN Kota.

“Semoga Muhammad Allif terus memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat,” kata Aminuddin.

Terlebih dahulu Aminuddin menunaikan solat Isyak dan solat sunat Terawih bersama jemaah Masjid Kampung Penajis.

Turut menyampaikan sumbangan Muhammad Allif dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button