Berita
110 pelajar sekolah terima sumbangan pakaian seragam dari Ravi
SRI TANJUNG: Seramai 110 pelajar sekolah menerima sumbangan pakaian seragam daripada ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi.
“Saya telah menyumbang pakaian seragam sekolah kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
“Seramai 45 pelajar sekolah rendah dan 65 pelajar sekolah menengah menerima sumbangan ini,” kata Ravi.