13 sekolah terima sumbangan kewangan dari Aminuddin
SEREMBAN: Sebanyak 13 sekolah menerima sejumlah sumbangan kewangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di Kediaman Rasmi beliau pada petang Khamis.
“Sumbangan ini adalah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu pihak sekolah di seluruh negeri, lebih-lebih lagi dalam situasi pasca pandemik ini.
“Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya terutamanya bagi para pelajar sekolah,” kata Aminuddin.
Hadir bersama, Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek.
Pihak sekolah diwakili oleh pengetua, guru besar dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) masing-masing.
Sebanyak 13 sekolah yang menerima sumbangan kewangan adalah seperti berikut:
1. Maahad Ahmadi, Gemencheh,
2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban,
3. Sekolah Menengah Agama Gemas,
4. Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Nilai,
5. SMK Taman Indah, Tampin,
6. Sekolah Kebangsaan Taman Warisan Puteri, Sikamat,
7. SMK Senaling,
8. SMK Pedas,
9. SMK Datuk Mohd Yusof, Linggi,
10. SMK Undang Rembau,
11. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Seri Sikamat,
12. SJKC Kampung Baru Tanah Merah Site A,
13. SJKC Chung Hua Port Dickson.
Foto: Nabil Syafiq