Berita

150 siswazah cemerlang terima sumbangan RM750,000 dari Kerajaan Negeri

SEREMBAN: Seramai 150 orang Siswazah Cemerlang Kelas Pertama menerima RM5,000 setiap seorang daripada Kerajaan Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sumbangan tersebut merupakan penghargaan serta pengiktirafan Kerajaan Negeri kepada anak-anak negeri ini.

“Dalam masa sama, seramai lapan orang siswazah lagi mendapat hapuskira pinjaman pendidikan yang berjumlah RM128,400.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua penerima dan saya berharap agar kecemerlangan ini tidak berakhir begitu sahaja,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan.

Foto:Nabil Syafik

Show More

Related Articles

Back to top button