Menarik

17 pelajar IPT DUN Pilah terima sumbangan komputer riba dari Nazaruddin

PILAH: Seramai 17 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) terima sumbangan komputer riba daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, YB Mohamad Nazaruddin Sabtu.

Mohamad Nazaruddin berkata, sumbangan tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan bagi membantu pelajar IPT yang kurang berkemampuan.

“Dalam masa sama, 16 orang pelajar IPT turut menandatangani surat setuju terima Bantuan Sara Hidup Mahasiswa daripada Kerajaan Negeri.

“Tahniah kepada pelajar yang mendapat inisiatif ini.

“Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar,” kata Mohamad Nazaruddin.

Pegawai Penyelidik Exco, Encik Muhammad Iqbal Mustafa mewakili Nazaruddin menyerahkan sumbangan ini di Laman Gentam.

Turut hadir, Pegawai Tadbir Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan, Encik Azis Jakfar Saroji.

Show More

Related Articles

Back to top button