Berita

350 keluarga Islam terima bantuan Hari Raya dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan bantuan Hari Raya kepada 350 keluarga Islam yang kurang berkemampuan sempena sambutan Aidilfitri.

Gunasekaren berkata, bantuan barangan keperluan asas telah disalurkan melalui KRT dan surau di dalam DUN Seremban Jaya.

“Terima kasih kepada semua Pengerusi KRT dan surau yang sama-sama berganding bahu dan bekerjasama dalam program bantuan Hari Raya ini.

“Saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya di DUN Seremban Jaya dan Negeri Sembilan,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button