Berita

185 warga kerja asing ditahan dalam Ops Sabong

SEREMBAN: Seramai 185 warga kerja asing ditahan dalam Ops Sabong yang dijalankan di Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah tersebut selepas menjalankan pemeriksaan yang melibatkan lebih 1000 warga kerja asing.

“Dalam masa sama, sebanyak 254 premis perniagaan diperiksa dan lima premis di sita.

“Selain itu, 398 kompaun atau saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Operasi ini juga telah berjaya merampas 600 botol dan tin arak kerana tidak mempunyai lesen perniagaan sah, 10 paket syahbu dan 14 paket heroin.

“Operasi ini telah dijalankan selama seminggu bermula 21 Oktober lalu,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut tambah sebanyak 10 agensi dan jabatan turut terlibat dalam operasi ini.

“Ia melibatkan kekuatan seramai 350 orang anggota dan pegawai.

“Operasi ini telah dijalankan di beberapa kawasan panas yang telah dikenal pasti.

“Dalam pada itu, ia sebagai satu usaha untuk mengawal status warga asing di Negeri Sembilan,” ujar beliau lagi.

Aminuddin berkata demikian di sidang media Ops Sabong Negeri Sembilan di Nilai.

Show More

Related Articles

Back to top button