Berita
19 penganut Kristian terima sumbangan kewangan daripada Bakri
KLAWANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah memberikan sumbangan kewangan kepada 19 orang penganut Kristian.
Bakri berkata, beliau turut memberikan sumbangan barangan keperluan dapur.
“Sumbangan tersebut bagi membantu mereka yang menyambut perayaan krismas di samping meringankan beban mereka.
“Sebagai ADUN dan juga Exco Kerajaan Negeri, saya amat mengambil berat perihal dalam DUN Klawang.
“Sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil penerima, Puan Lee,” kata beliau.