Berita

20 atlet Negeri Sembilan terima insentif RM42,500

SEREMBAN: Seramai 20 orang atlet Negeri Sembilan yang mewakili negara dan memenangi pingat di temasya Sukan SEA Ke-32, Cambodia menerima insentif kemenangan daripada Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sejumlah RM42,500 telah disampaikan kepada 20 pemenang pingat di Temasya Sukan SEA kali ini.

“Jumlah insentif ini bertambah dari jumlah insentif yang dimenangi oleh atlet Negeri Sembilan di Temasya Sukan SEA yang Ke-31 di Vietnam yang diadakan tahun lalu (RM19,500.00).

“Tahniah saya ucapkan kepada atlet Negeri Sembilan yang telah memenangi pingat di Temasya Sukan SEA Ke-32, yang telah berlangsung di Cambodia pada 5 hingga 17 Mei 2023 yang lalu.

“Kejayaan yang diperolehi sudah pastinya memerlukan pengorbanan masa, disiplin yang baik dan dorongan keluarga,” kata beliau di Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Atlet Negeri Sembilan ke Temasya Sukan SEA Ke-32, Cambodia 2023 di Klana Resort Seremban.

Turut hadir, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani.

Show More

Related Articles

Back to top button