Berita

20 pelajar IPT terima komputer riba daripada Aminuddin

SIKAMAT: Seramai 20 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari keluarga yang kurang berkemampuan menerima bantuan komputer riba daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Sumbangan tersebut adalah inisiatif Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk membantu para pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan sempurna.

“Semoga bantuan ini dimanfaatkan sebaiknya oleh para penerima Insya Allah,” kata Aminuddin.

Aminuddin menyampaikan sumbangan ini di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Peringkat DUN Sikamat di Dewan Taman Coral Height.

Sementara itu, sambutan daripada masyarakat DUN Sikamat sangat meriah daripada awal sehingga ke hujung majlis.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir memeriahkan majlis sambutan ini,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button