Berita

200 billboard haram tepi lebuhraya di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Sekurang-kurangnya 200 papan iklan gergasi (billboard) tidak berlesen atau tiada permit dikesan sepanjang lebuhraya PLUS dalam kawasan Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, billboard haram ini berisiko mendatangkan bahaya kepada pengguna kerana binaannya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Saya difahamkan bahawa separuh syarikat pengiklanan mendirikan billboard dengan menceroboh tanah berhampiran lebuh raya.

“Kerajaan Negeri memandang serius perbuatan syarikat tertentu yang memasang papan iklan tanpa permit dan mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Saya berharap syarikat pengiklanan dapat berikan kerjasama kepada pihak PBT bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Isu ini harus diselesaikan sebelum berlakunya sebarang bencana membabitkan billboard haram ini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button