Berita

21 pelajar sekolah kurang kemampuan terima sumbangan RM100

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli telah merasmikan program ‘Back To School 2022’ di Balai Raya Kampung Serting Ulu.

Program anjuran Pengerusi MPKK Kampung Serting Ulu, Encik Mohd Nordin Md Jusa ini bertujuan memberikan sumbangan kewangan kepada 21 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

“Seramai 21 pelajar dari Kampung Serting Ulu menerima bantuan awal persekolahan RM100 setiap seorang.

“Program sebegini adalah komitmen tahunan kami untuk membantu masyarakat dalam pendidikan anak-anak di kampung kita.

‚ÄúPendidikan merupakan aspek penting yang perlu diberi kepada anak-anak kita dengan harapan, mereka memberi semula kepada masyarakat,” kata Abdul Rahman.

Beliau juga turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi MPKK Kampung Serting Ulu, Encik Mohd Nordin dan berharap usaha murni ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Turut hadir Imam Masjid Kariah Kg Serting Ulu, Encik Ramli Debet.

Show More

Related Articles

Back to top button