REPAH: Seramai 24 Ahli Majlis Tampin telah menerima watikah pelantikan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di Dewan Theatrette, Wisma Negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam berkata, peranan ahli majlis PBT sangat penting dalam mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat.
“Saya berharap agar semua ahli majlis dapat bekerjasama untuk mencapai matlamat PBT dan Kerajaan Negeri Sembilan.
“Tahniah kepada ahli majlis di atas pelantikan ini dan saya berharap agar ahli majlis yang dilantik dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti setempat demi kesejahteraan rakyat di Daerah Tampin,” kata Veerapan.
Berikut adalah senarai ahli majlis bagi Majlis Daerah Tampin:
1. Pang Fui Ju
2. Hew Wei Meng
3. Yamuna Suppiah
4. Goh Shin Hooi
5. Suresh Kumar Murthy
6. Manimaran Ramachandran
7. Abd Latif A Tambi
8. Md Affendi Md Yusuf
9. Wan Kamaruzaman Ismail
10. Dato’ Abd Razak Ab Said
11. Shamsul Yahaya
12. Zuredah Muhamad
13. Nurhazwani Sakinah
14. Mohamad Firdaus Rustam
15. Mohd Faizal Razali
16. Azman Hashim
17. Muhammad Azlan Hezmi
18. Adib Abu Bakar
19. Koh Kim Swee
20. Khoo Siew Kim
21. Somy Aiappan Palanisamy
22. Abdul Shukor bin Ab Aziz
23. Raja Veerappan
24. Siti Aishah Seman@Othman.