Berita

45 individu terima bantuan kewangan Jaminan Bekalan Makanan

SENDAYAN: Seramai 45 individu telah menerima bantuan kewangan di bawah Program Bidang Tumpuan 1, Jaminan Bekalan Makanan daripada Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan tersebut adalah bagi memastikan mereka yang mengusahakan perniagaan di bawah sektor Jaminan Bekalan Makanan ini dijaga.

“Bantuan kewangan ini merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan kecukupan bekalan produk makanan di negeri kita.

“Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius terhadap bekalan makanan di negeri ini.

“Pelbagai inisiatif telah diadakan yang boleh dimanfaatkan bagi pembangunan diri dan kehidupan.

“Oleh hal yang demikian, saya berharap pada tahun hadapan lebih ramai pengusaha memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan Sekuriti Makanan di Negeri Sembilan,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button