Berita

Pelantikan Ahli Majlis PBT Negeri Sembilan selesai

SEREMBAN: Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah selesai dilakukan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pelantikan tersebut merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul.

“Sebahagian besar mereka yang dilantik juga terdiri daripada muka baru.

“Mereka yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Ini adalah penting bagi memastikan perkhidmatan diberikan adalah yang terbaik.

“Dalam pada itu, saya juga telah meminta setiap PBT untuk membuat satu rekod penilaian ke atas ahli majlis mereka.

“Ini supaya kita dapat melihat prestasi ahli majlis sebelum meneruskan kontrak mereka,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button