BeritaMenarik

Pencapaian STPM Negeri Sembilan catat peningkatan memberansangkan

SEREMBAN: Pencapaian Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) Negeri Sembilan catat peningkatan memberansangkan pada tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’Seri Aminuddin Harun berkata, pencapaian ini merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan.

“Bilangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 4.0 juga turut mencatatkan peningkatan.

“Oleh hal yang demikian, kita mampu menjadi negeri yang menjadi contoh bukan sahaja STPM malahan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Oleh kerana pencapaian yang membanggakan ini juga, saya turut memberikan sumbangan kewangan kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang.

” Hal ini supaya dapat menjadi pembakar semangat kepada pelajar agar dapat meneruskan kejayaan ini pada masa akan datang,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan kerana terus berusaha memperkasakan pelajar Tingkatan 6.

“Pelbagai usaha yang dijalankan bagi mengangkat martabat mereka.

“Saya juga yakin bahawa mereka ini juga merupakan sebahagian daripada arus pendidikan utama,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button