Berita

30 anak yatim dan 19 asnaf terima sumbangan Ramadhan dari Aminuddin

GEMAS: Seramai 30 anak yatim dan 19 orang asnaf telah menerima sumbangan kewangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).

“Diharapkan sumbangan ini dapat memeriahkan lagi sambutan Ramadhan pada tahun ini.

“Saya juga telah menyerahkan sumbangan kewangan dari Pejabat Menteri Besar kepada Sekolah Menengah Agama Repah, Sekolah Menengah Agama Gemas, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Syed Idrus, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Min, Gemas serta  Masjid Kampung Ladang dan Masjid Kem Syed Sirajuddin.

“Semoga sumbangan yang dihulurkan dapat dimanfaatkan sebaiknya, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Aminuddin dan Pengarah SAINS, Ir.Mohd Yazid Ahmad menyampaikan sumbangan ini di Majlis Berbuka Puasa Masjid Kampung Ladang anjuran SAINS.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button