Berita

30 keluarga asnaf terima Bakul Raya daripada Rafie

AMPANGAN: Sebanyak 30 keluarga asnaf di Kampung Gedong Lalang Lama menerima sumbangan ‘Bakul Raya Asnaf’ daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek.

“Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri saya telah menyerahkan sumbangan Bakul Raya kepada 30 keluarga yang kurang kemampuan di Kampung Gedong Lalang Lama, Ampangan.

“Kita berusaha untuk membantu mengurangkan beban kehidupan mereka khususnya ketika ini era pasca Covid 19,” ujar Mohamad Rafie.

Turut bersama di dalam program ini adalah Pengerusi MPKK Kampung Gedong Lalang Lama, Encik Azizan Omar.

Show More

Related Articles

Back to top button