BeritaMenarik

30 pelajar terima Insentif Kecemerlangan IPT daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan Insentif Kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada 30 pelajar IPT.

Gunasekaren berkata, inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan ini bagi membantu para pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPT.

“Inisiatif ini menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar tahun pertama yang layak memasuki IPT dengan jumlah bantuan mengikut tahap pengajian mereka iaitu RM1,000 bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma (RM750) dan Sijil (RM500).

“Seramai 30 pelajar IPT mendapat bantuan ini.

“Tahniah kepada pelajar-pelajar yang layak memasuki IPT dan mendapat bantuan ini,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button