BeritaMenarik

30,000 wanita terima manfaat daripada PH GEM

EKSKLUSIF: Seramai 30,000 wanita telah menerima manfaat daripada Power House Wanita Gemilang (PH GEM) sehingga hari ini.

Exco Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee koon berkata, program PH GEM ini memberi peluang kepada golongan wanita untuk menyertai program pemerkasaan.

“Dalam masa sama, kita turut mengenal pasti mereka yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan.

“Kemudian mereka akan diberikan latihan. Sebagai contoh, wanita di bawah MPKK Kampung Baru Mambau telah menerima latihan PH GEM telah mula memasarkan produk mereka secara atas talian.

“Secara tidak langsung, PH GEM juga telah membantu melahirkan usahawan wanita di Negeri Sembilan.

“Kami juga turut membantu mereka sekiranya berminat memohon Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) bagi mengembangkan perniagaan mereka.

“Ini merupakan satu lagi kejayaan PH GEM yang berjaya melahirkan lebih ramai usahawan wanita,” kata Nicole.

Show More

Related Articles

Back to top button