Berita

35 pelajar anak yatim terima duit raya dari Aishah

GEMAS: Seramai 35 pelajar anak yatim Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman menerima sumbangan duit raya daripada Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman.

Siti Aishah berkata, setiap murid menerima sumbangan RM50.

“Terserlah keceriaan di wajah mereka. Semoga mereka meraikan hari lebaran dengan kegembiraan.

“Saya dan guru-guru serta AJK PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman turut meraikan anak-anak yatim ini dalam Majlis Berbuka Puasa,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button