Berita

Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin tawar potongan harga 20 hingga 30 peratus

SEREMBAN: Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin akan diadakan di perkarangan Masjid Sikamat pada 20 April ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin menawarkan barangan keperluan seperti ayam, ikan, daging, telur, sayur-sayuran dan minyak masak yang dijual dengan potongan harga di antara 20 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

“Antaranya ayam akan dijual dengan harga RM13 seekor, manakala sotong pula RM22 bagi sekilogram.

“Terdapat kaunter pembelian minyak masak terpakai. Pengguna boleh menjual minyak masak terpakai dengan harga RM2.50 bagi sekilogram.

“Semoga inisiatif ini dapat meringankan persiapan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” kata Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat. 

Berikut merupakan butiran program tersebut:

Tarikh: 20 April 2023 (Khamis)

Masa: 8:30 pagi – 12:00 tengah hari

Lokasi: Perkarangan Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof, Taman Desa Rhu, Sikamat.

Show More

Related Articles

Back to top button