SEREMBAN: Seramai 363 orang siswazah cemerlang menerima hadiah penghargaan sebanyak RM5,000 seorang berserta sijil daripada Kerajaan Negeri Sembilan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Datoβ Seri Aminuddin Harun berkata, ianya melibatkan perbelanjaan lebih RM1.8 juta.
“Manakala, seramai 11 orang pelajar mendapat hapuskira pinjaman pendidikan daripada Yayasan Negeri Sembilan berjumlah RM198,550.
“Yayasan Negeri Sembilan akan terus komited memberikan khidmat sokongan dan bantuan kepada mahasiswa Negeri Sembilan sama ada daripada sudut pinjaman pendidikan sehingga ke tahap Master dan PhD, bantuan sara hidup (BSH) bulanan, bantuan seed money RM5,000 kepada setiap PERMANIS IPTA, bantuan komputer riba serta program kepimpinan, khidmat masyarakat, pembangunan insan serta kerjaya,” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian di Majlis Penghargaan Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan Sesi 1 bagi tahun 2023 di Klana Resort Seremban.