Berita

374 keluarga asnaf, miskin dibantu Aminuddin sempena Hari Raya

JELEBU: Seramai 374 keluarga asnaf fakir dan miskin dari DUN Chennah, DUN Pertang dan DUN Klawang menerima sumbangan ‘Hari Raya’ daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Saya telah menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri RM300 daripada Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) kepada asnaf fakir dan miskin yang melibatkan 374 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) turut memberikan sumbangan sebanyak RM700 kepada fakir dan RM500 kepada miskin.

“Ini menjadikan jumlah yang diterima oleh asnaf fakir sebanyak RM1,000 manakala asnaf miskin sebanyak RM800,” kata Aminuddin.

Menurutnya, jumlah keseluruhan sumbangan MBI NS yang akan diagihkan adalah sebanyak RM1.35 juta.

“Sumbangan ini adalah hasil dividen bagi Projek Khas Pembangunan Tanah MBI NS dengan Felcra Berhad yang diterima sejak tahun 2003,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button