Berita
39 anak yatim terima sumbangan kewangan daripada Aminuddin
PAROI: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah memberikan sumbangan kewangan kepada 39 orang anak yatim di Masjid Paroi Jaya.
Aminuddin berkata,sumbangan tersebut disalurkan oleh pihak masjid yang diberikan secara bulanan kepada anak yatim.
“Sumbangan tersebut diberikan selepas bacaan Yaasin dan Tahlil Perdana.
“Semoga apa yang kita hajat dan berdoa dimakbulkan oleh Allah.
“Saya juga berharap sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban mereka yang menerimanya,” kata Aminuddin.